Nur Azizah Nur Azizah . . .: 2013

Wednesday, 4 December 2013

dulu dulu dulu

Assalamualaikum . .
Selamat hari rabu semua :)

Alkisahnya sekarang aku nak cerita tentang aku msa waktu sekolah . .
Aku ni tak ade laa pandai mane , setakat duduk kelas aliran seni jea . .
Nama kelas aku 5A3 . .
Kira untuk budak budak sains tulen ,  kelas aku ni memang kelas bawah . .
Macam kelas kemahiran . .
Tapi sebenarnya aku rasa nak berjaya tak kesah kat mana . .
Even kau cuma anak orang miskin yang tak mampu nak pegi sekolah . .
Aku rasa boleh jea kau duduk tepi tingkap nak belajar . .
Tapi sekarang ni aku bukan nak cakap pasal miskin kaya . .
Aku cuma nak tekankan sekeras kerasnya

KAT MANA MANA PON BOLEH BERJAYA !!

Tak kesah laa kau duk kelas atas atau bawah . .
Yang penting kehendak kau nak belajar . .
Jangan laa bila orang cakap kau duk kelas bodoh , kau pon turut serta jadi bodoh . . Memang ramai laa yang tak akan ubah pendapat dorang budak yang duk kelas bawah ni tak boleh berjaya . . Sampai bila nak macam tuu ??? Kita yang bertanggungjawab untuk ubah persepsi orang . . Sebab manusia ni memang suka buat assumptions sesuka hati . .
So jadi tanggungjawab kita untuk ubah . .
Jangan laa sebab satu budak tak pandai dalam kelas bawah , semua budak pon dikatakan bodoh . . Aku memang bangkang habis habis . .
Mak ayah pon sumtimes macam tuu . .
Bila anak turun kelas terus dipersalah . .
Tak belajar betul betul laa , banyak main laa . .
Bukan nak nafikan dorang tak  buat salah . .
Tapi as a parents kena bagi support untuk anak . .
Lagi lagi dalam hal belajar . .
Alhamdulillah mak ayah aku bukan macam tuu . .
And aku masuk kelas seni pon bukan sebab pelajaran aku merosot . .
Tapi atas kehendak aku sendiri . .
Aku minat . . .

So untuk sesiapa jelaa . .
Nak berjaya tak kesah kat mane . .
Yang penting usaha . .
1% orang memang dah sedia kepandaiannya . .
99% lagi kena kerja keras . .
Kita kena usaha okay . .
Jangan sedih sedih . .
Jangan putus asa . .

Salam sayang ,

Nur Azizah . .

Wednesday, 27 March 2013

Entahlah , fikir dulu baru cakap kot

Assalamualaikum kawan kawan yang cool dan awesome . .
Tak ketinggalan yang kacak , cantik dan comelll tahap maksima . .
Dan juga budak hot serta budak baru nak up , hehehhe
Macam cari nahas jer kan . . Tak de laa , saje gurau gurau . . :)
Maaf sebab dah lame tak post entry baru . .
Bukan sengaja nak cipta alasan . .
Tapi keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan . .
Alhamdulillah , dengan izin Allah aku kembali sihat . .
Cuma masih penat penat lagi tapi itu benda biasa . .
Lepas beberapa hari dating dengan bestfriend aku Hayati yang datang bercuti kat PD , aku rasa macam lega laa . . Dah menangis ketawa dengan dia macam dulu dulu . . Maklumlah kami ade sedikit salah faham yang membuatkan kami tidak bertegur sapa . .
Hari ni pulak spend time dengan cousin cousin semua . .
Siap mandi pantai lagi , tapi tak ade gamba nak share . .
Sebab bateri pon masa tuu dah nyawa nyawa ikan , lupa nak charge . .
Aku pon masih berlagak biasa , tak buat satu habuk pon persiapan nak kea PLKN . .
Borang borang yang dorang bagi pon tak isi lagi , saje jea . .
Entahlah , minda aku ni tak buat keputusan yang reasonable lagi . .
Kadang kadang aku rase nak delete jer perkataan entah ni . .
Sebab someone pernah cakap dengan aku
" asyik asyik entah , macam orang tak ade pendirian "
Aku bukan sengaja nak cakap entah . .
Tapi sumtime aku cakap entah untuk elakkan perbalahan , tak pon sebab aku belum fikir keputusan yang betul untuk benda yang aku nak cakap . .
Ini bukan alasan untuk tegakkan ape yang aku cakap , tapi kenyataan . .

Korang pon same kan . .??

Haaa , jadi . . .  Sebelum kita cakap sesuatu pastikan ape yang kita cakap ade sebab and make sure kita tau kenapa kita cakap macam tuu . . Tak ade laa orang main sembur jea nak cakap kita tak ade pendirian kan . . Beware okay . .  :)

# Actually aku terasa , entahlah . . aku tak pasti . . aku terasa mungkin sebab kau tak ambik kira pandangan aku . . ataupun mungkin kau rase aku tak penting untuk kau . .  Tapi tak pe , aku sayang kau --------------------------- > KAWAN    :')

Salam sayang ,

Nur Azizah . .


Thursday, 21 March 2013

selangkah ke masa hadapan

Assalamualaikum , selamat bercuti sekolah pada budak budak sekolah rendah and sekolah menengah . . Yang nak balik kampung tuu hati hati di jalan raya okay :)
Sedia maklum keputusan SPM dah diumumkan . .
Keputusan aku tak memberangsangkan tapi alhamdulillah aku masih layak menempatkan diri di UiTM dan UPSI , jadi aku kena mula memohon . .
Course ape yang layak tuu aku akan cerita bila aku dah berjaya tempatkan diri kat sana nanti okay , sebab aku tak nak dok pung pang pung pang sekarang . .

Aku tak kecewa dengan keputusan yang aku dapat , sebab aku capai target yang aku nak . . Family aku pon okay . . very understanding . . .  :)
Aku redha malah aku lebih gembira , tak ade satu sebab pon yang akan buat aku duduk frust menonggeng . .
So cukup cerita pasal result SPM ni , sebab aku rasa cerita ni dah basi . . ececeh
Minggu depan aku akan ke PLKN . .
Tak ade satu benda pun yang aku siapkan . .
Masih berlagak sempoi . . mueheheh
Aku tak suka rushing , sebab rushing pon tak ade gunanya . .
Humm , setakat ni jelaa aku boleh cerita . .
Niat pon cuma nak buat entry baru . .



Motif gambar : Tak semestinya kalau tak jadi cemerlang tak boleh berjaya

Salam sayang ,

Nur Azizah :)

Sunday, 17 March 2013

Muggies

Oitt oiitt . . yang disana , disini dan disinun . .
Sihat ke tidok yea ?? Harapnye sihat sihat belaka . .
Demo disini nak menanye , ade tidok yang addicted mengumpul sesuatu ??
Contohnye kemaruk sangat nak kumpul hnandbag , tudung , kasut , wallet  , jam , topi , baju , seluar and bagai bagai lagi . . Kalau seperti yang disenarai tuu memang benda biase laa kan . . Lelaki perempuan sama jea . . *jangan salahkan perempuan jea okay !

Tapi yang berbeza ade dok ??
Kumpul sudu garpu kea , kumpul pinggan mangkuk kea , kumpul  tong gas kea , kumpul cawan kea ??? yang memang jarang laa orang lain nak kumpul . .

Aku rase ade , sebab aku pon same . . Yeay , kitea geng !
Aku ni minat mengumpul MUG . .
Jangan kata tak tau , hehehe
Mug ialah sejenis cawan yang mempunyai telinga  , itu description aku secara ringkas . . Tapi aku confirm semua orang tau mug . .

Ini antara gambar gambar mug sumber uncle google :)




Macam pelik kan kenapa aku pilih mug ??
Aku pon pelik , tapi yang pelik itulah minat . .
Aku rasa puas kalau minum guna mug . .
Feel dia lain yang amat , ade aura yang tersendiri . . :D
Dari yang sekecik kecik sampai laa yang besar . .
Free atau beli , murah atau mahal semua aku rembat . .
Sebab aku suka , dan kalau boleh aku nak kumpul banyak banyak . .
Korang pon mesti ade minat mengumpul sesuatu kan ???
Nanti share share laa yea . .

Assalamualaikum dan salam sayang ,

Nur Azizah :)

Saturday, 16 March 2013

Syoknye berangan !

Siapa suka berangan ???  *angkat kening sikit
Eh eh , sama laa kita . .
Mueheheh , aku rasa ini antara tabiat yang ada pada semua orang kot . .
Kenapa orang suka berangan ek ??
Jangan tanya aku sebab aku tak tau . .
Tapi untuk aku kan , aku suka berangan sebab aku rasa dalam  pada masa aku berangan tuu aku laa penerbit , pengarah , pelakon utama dan aku boleh letak karekter karekter yang aku nak sepanjang waktu aku berangan tuu . . Siap boleh delete scene , and reverse pada scene yang aku nak atau tak nak . . Macam astro beyond pulak kan . . Hahahah , extreme tak ??
Setahu aku orang suka berangan untuk benda yang dorang nak atau inginkan . .

Example : Aini teringin nak beli Iphone4 tapi dia tak mampu . .
Example : Syafiqah nak jadi budak hot kat facebook dan digila oleh ramai lelaki

Jangan ade yang terasa ek , aku cuma bagi contoh . . Contoh ini tidak ade kena mengena dengan yang hidup ataupun yang mati . . Kalau ade mohon maaf , agagaga . .

Berangan ni ade yang elok dan tak elok . . Yang eloknya bila kita berangan tentang masa depan kita . . Contohnya nak jadi orang yang berjaya , buat mak ayah bangga semua . . Bila berangan macam ni semangat kita makin berkobar kobar tau nak capai ape yang kita nak tuu ,ini untuk aku laa . . Untuk korang aku tak pasti , lain orang lain citarasa . . Tapi korang jangan berangan nak kahwin kea ape pulak , tak elok . . Bak kata UAI kalau kita berangan bersama dengan yang bukan muhrim itu dosa . . Macam berangan nak kahwin dengan boyfriend korang tapi tak kahwin lagi kan , tuu dah kira dosa . . Sia sia jea kan. . . Dah syok syok berangan tapi free free dapat dosa . . Jadi korang jangan amalkan macam tuu . . Kalau nak berangan , berangan yang baik baik jea . . Sama sama kita muhasabah diri okay . .

p/s : Jom tengok fear factor nanti , jam 9 malam :)

Assalamualaikum dan salam sayang ,

Nur Azizah . .

Friday, 15 March 2013

Insan yang aku sayang :')

Cepat jea mase berlalu kan . .
Tanpa kita sedar perkara yang jadi sekeliling kita . .

Kadang kadang kita lupa tentang pengorban insan insan tersayang dalam hidup kita
Kita merasakan ape yang kita lakukan betul . .
Kita tak hiraukan pengorbanan dua insan yang membanting tulang manjaga kita , mendidik kita , mengendahkan keinginan mereka hanya demi kita , demi kita anak mereka . .

Ya Allah , sayunya hati apabila membayangkan kita ditempat mereka . .
Betapa kuatnya dua insan ini mengharungi dugaan dan cabaran kerana kita . .
Sedarkah kita ????
Tanpa mereka siapalah kita di bumi yang fana ini . .
Mampukah kita menjalani kehidupan tanpa mereka disisi ??
Sedangkan mereka tempat kita mengadu dan bermanja . .

Merekalah mak dan ayah yang disayangi . .
Hargailah mereka . .

Ya Allah , terima kasih kerana menganugerahkan aku mak dan ayah yang tidak ternilai harganya . .Tempatkanlah mereka dikalangan orang orang yang beriman seandainya Engkau mengambil mereka apabila tiba masanya . .Hanya doa dan amal yang mampu aku iringkan buat mereka kelak . .

Assalamualaikum dan salam sayang ,

Nur Azizah . .

Wednesday, 13 March 2013

Nak settle masalah tak jadi masalah :)

Assalamualaikum , hai and hello kawan kawan yang awesome . .
Blog bukan perlu ditulis hanya bila ade topik kan ??
Jadi , kita tulis ape yang mampu kita kongsi . .

Humm , satu perkara yang selalu jadi dalam life setiap orang . .
Kita mampu nasihat , tapi belum tentu kita mampu buat sendiri . .
But atleast kita dah boleh tolong turunkan beban orang . .
Walaupun beban kita belum tentu ade orang boleh tolong selesaikan . .

Tak terkecuali aku laa . .
Kadang kadang aku sendiri rasa payah nak settlekan masalah aku . .
Nak berkongsi , aku tak pandai . .
Tapi satu yang aku boleh buat " MIND SET "
Serius , semua orang boleh . .
Jangan kata handle masalah sendiri , jadi pakar kaunseling pon boleh . .
Aku rasa mind set is the best way nak settle kan problem . .
Sebab bila kita mind set tentang sesuatu perkara , kita tak akan gelabah . .
Kita tak akan putus asa , kita tak meroyan macam orang tak tentu hala . .
Sebab kita dah set pada minda , bukan hati . .
Bila kita set pada minda , kita tetap . .
Tapi bila set pada hati kita tak akan rasa puas . .
Rasa nak , nak , nak , dan nak lagi . .
Keinginan tuu tak pernah kurang . .

Jadi , mulai sekarang andai kata ada masalah cubalah cara ni . .
Dengan izin Allah akan berkesan . .
Yang penting nawaitu kita  . .
Okay , tuu jea . .

Salam sayang ,

Nur Azizah . .

Tuesday, 12 March 2013

Sahabatku :)

Nurhayati bte Zainudin ..
Kawan aku sejak aku 8 tahun . .
Kami sebaya . .
Berkawan dengan dia lah buat aku lebih banyak belajar tentang persahabatan . .
Dia buat aku lebih menghargai persahabatan , MasyaAllah . .    :')
Tipulah kalau aku tak pernah gaduh dengan dia . .
Jangan kata gaduh kecik , gaduh sebesar besar pon pernah . .

Entahlah. . .
Aku rasa tak boleh nak terima kalau kiteorang putus kawan . .
Rasa kehilangan sangat sangat . .
Walaupun aku ade kawan lain . .
Haa , nampak tak besar mane penangan kawan aku tuu . .
Banyak laa jatuh bangun aku dengan dia . .
Tuu sebab aku rasa down gila kalau tak ade dia . .
Aku harap persahabatan kiteorang kekal lebih lama . .
Biar jadi contoh pade anak anak ,muehehehe . .

Coretan buat kau sahabat . .


Maafkan sahabatmu ini andai pernah goreskan hatimu ,
Maafkan sahabatmu ini andai tinggalkan luka dihatimu . .
Maafkan sahabatmu ini andai tidak dapat menjadi yang terbaik buatmu . .
Terimalah sahabatmu ini seadanya dan sematkanlah dihatimu . .

Assalamualaikum dan salam sayang ,

Nur Azizah . .




Friday, 8 March 2013

Counting days . .

Assalamualaikum , hello , hai . .
Nampak blog suram jea kan , tak ade entry baru bagai . .
Kali ni bukan malas , bukan tak ade topik . .
Tapi tak ade MASA . .
Serius , cepat jea masa berlalu . .
Kalau dapat putarkan masa tuu balik , rasa nak betulkan kesilapan masa lalu . .
Sebab tuu laa dikatakan " masa itu emas " atau dalam bahasa omputihnya
" time is gold " , tapi boleh jugak gunakan " time is precious " . .
Pepatah ni bukan sahaja untuk ingatkan kita supaya jangan bazirkan masa , tapi juga mengingatkan kita supaya jangan buat kesilapan yang akan buat kita menyesal kemudian hari . .

Okay , lupakan pasal tuu . .
Sekarang dah 9 Mac kan . .
11 days more i will get my SPM result . .
Doa jea yang mampu aku panjatkan pada Dia sekarang . .
Lepas dapat SPM result pada 20 Mac nanti , aku akan ke PLKN pulak . .
Aku akan ditempatkan di Kem Putra Puteri , Alor Gajah , Melaka . .
Aku akan bertolak pada 31 Mac dari Padang Merdeka , Port Dickson . .
So bila aku pergi , blog ni akan tersadai lebih lama . .
Andai kata aku boleh balik masa cuti , aku akan update blog . .
Jadi jangan marah dan jangan lupa sentiasa doakan aku yea . .
Anyway , anyhow don't forget to pray for Sabah . .  :')

Much love ,

Nur  Azizah

Thursday, 28 February 2013

28-02-2013

Assalamualaikum , hello hello . . haii haii . . bye bye . .
Heehehee , straight to the point jelaa . .
Blog aku da kembali pade asal . .
Sebabnye aku tak selesa dengan blogskin yang aku buat . .
Aku tak dapat ape yang aku nak . .
Bukan tak bersyukur tapi kenape kite nak susahkan benda yang senang . .
Elok elok orang dah boleh tinggalkan comment , boleh follow , aku pon boleh tengok , tibe tibe sume dah tak boleh . . jadi bile aku gune template yang lame ni kira aku bersyukur jugak laa kan . .
Anyway terima kasih pade kak lyssa faizureen . .
Buat mase ni aku betul betul cukup selesa dengan template sekarang . .
Tapi asalnye bukan aku nak cerita pasal ni okay . .
Aku nak cerita pasal JODOH . .
Jangan ingat drama Jodoh dekat astro ria tuu pulak . .
Ini tentang jodoh dalam kehidupan kita . .
Korang mesti pernah dengar kan

Berkawan dengan orang lain ,
Bercinta dengan orang lain ,
Bertunang dengan orang lain ,
Berkahwin dengan orang lain .

Kenapa ??

Ini semuanya jodoh . .
Allah dah merancang yang terbaik untuk kita . .
Kenapa kita nak tangisi untuk benda yang tak jadi . . ??


Sebab kita rase ape yang kite rancang adalah yang terbaik . .
Berserahlah pade yang Esa . .
Andai kate sesuatu perkara baik nak berlaku tapi tak terjadi , maka Allah telah merancang perkara yang lebih baik untuk kita . .
Jadi berdoalah . .
Tak payah kita duk frust menonggeng . .
Sedangkan kita dah punya yang lebih baik . .
Cuma Allah belum tunjukkan mungkin kerana belum tepat waktunya . .
Sabar . .

# Raa , Zie sayang Raa . . Raa kena kuat . . jangan menangis untuk orang yang dah
    sakitkan hati raa . . Tak ade yang berhak sakitkan kita sebab kita hamba Dia . .

Salam sayang ,

Nur Azizah . .



Wednesday, 27 February 2013

First step near to success !

Assalamualaikum and a very good evening to ladies and gentlemen . . ececeh
Dah macam speech untuk protocol function pulak . .
Tajuk entry kali ni macam nak bagi tips tips jea kan . .
Padahal tak pon , hihihihihi . . . .   :)

Sebenarnya nak bagi tau ni , kitea dah lulus ujian komputer untuk lesen memandu . .
Bhahahahah , tuu ponn nak kecoh kan . . .
Bukan ape , sebenarnya saje nak kongsi detik detik gembira . .
Time lulus tuu , Allah jea yang tau macam mane hati ni . .
Walaupun peperiksaan yang bukan penting mane , tapi nak dapat markah yang ditarget memang rase macam nak meroyan kejap . .
Yelah , tak kea frust kalau korang dapat 41/50 dimana lagi satu markah boleh buat korang lulus . .
Kalau aku rase macam , urggghhhhhh . . tak payah nak cakap laa . .
Aku pon dah lepas kursus pra L . .
Lepas ni tinggal praktikal , QTI ngan JPJ jelaa kot . . hehehehe
Tuu sebab laa tajuk nye " First step near to succes "
Ok laa , entry kali ni tak payah panjang panjang . .
Sekadar bercerita dan isi mase lapang . .
Bubye . . .

Salam sayang ,

Nur Azizah . . .


Monday, 25 February 2013

New looking :)

Assalamualaikum , hohohohoho . .
Aku tengah gembira sangat sangat :)
Nak tau sebab ape ???
Heeeee , sape yang pernah lalu atau terlalu kat sini tuu tau kot . .
Blog aku dah berwajah baru laa uollsss . . ngeh ngeh
Sebenarnye , aku dok edit blog code tuu semalam . .
Biler macam tak jadi , aku pon give up laa . .
Macam rase " biar dulu laa "
Tapi biler aku tengok shoutbox kat blog yang berwajah lame tuu , aku ternampak seorang makhluk Allah ni tanye kat aku lebih kurang macam ni . . "  zie , zie tak tukar blogskin ke ? tadi ra nampak zi pakai blogskin ada pic anime kan ? "
Siape lagi yang akan tanye aku macam ni kalau bukan kawan baik aku yang namenye Raa . . hehehehehe . .
Bile dah tengok die tanye macam tuu ,aku terus rase bersemangat balik nak edit code code blogskin yang aku ambik . . padahal aku ni buta mengedit code code ni . .
Alhamdulillah , siap jugak . .
Tapi ape yang buat aku rase kekurangan adelah sebab tak ade tempat kite nak tengok follower . .
Button follow adelah . . .
Humm , but its okay . .
Bile kite nak sesuatu kejayaan kena ade pengorbanan kan . .
Mungkin ni laa pengorbanan yang aku kena buat . .
Anyway terima kasih pade Raa and kawan kawan yang banyak bagi support . . hehehe

Salam sayang ,

Nur Azizah . .


Sunday, 24 February 2013

Penat + Cuak ;)

Assalamualaikum , hai kawan kawan . . . *lambai tangan*
Korang semua macam mane ???
Ade yang dah kahwin kea ? Atau ade yang dah bersalin ?
Atau ape ape jea laa , hehehehe . .
Aku sebenarnya tak ade idea nak post entry baru . .
Sebabnya aku rase penat , bukan badan jea tapi otak sekali rase penat . .
Kenape ekk ??? *jawab dalam hati jea taw :)

Semalam (23-02-2013) aku pergi dengar ceramah undang undang . .
Biase laa , procedur nak ambik lesen memandu . .
Aku baru tahu kenape orang rase mengantuk . .
Sebabnye kelas tuu start dalam pukul 10.00 a.m.  . .
Tapi kite dikehendaki pergi awal . .
Jadi terjejas laa tidur kite tuu kan  . .
Ataupun mungkin faktor penceramah yang membosankan . .
Tapi aku tak , penceramah tak bosan . .
Cuma rase pening sebab aku tak makan . .
Bukan diet , tapi malas nak beratur . . hehehe
Sekarang ni aku dengan confidentnye dah bagitau ejen memandu aku tuu yang aku nak ambik ujian bahagian 1 a.k.a. ujian komputer hari rabu ni . .
Lepas dah bagitau baru aku nak rase cuak pulak . .
Aku takut kalau kalau aku tak lulus . .
Korang doakan aku yea . . *doakan tau
Humm , ape lagi ek . . .
Tak ade ape dah kot , tuu jelaa . .
Jangan lupe tau doakan aku . .

Salam sayang  ,

Nur Azizah :)

p/s : seronok sangat kenal dengan kak syazwin a.k.a kak awin mase hari tuu . .
        kiteorang menggunakan ejen yang same :)


Thursday, 21 February 2013

Aku sanggup !

Assalamualaikum , hello hello semua . .
Memandangkan aku dah makin sibuk sekarang , jadi entry di blog pon diupdate selang satu , dua , tiga atau empat hari . . hekhek
Biasenya aku akan post entry walau sesibuk mana . . .
Tapi disebabkan aku kurang rajin atau secara sinonimnya MALAS ,
faham faham laa yea . . muehehehehe , jangan marah haa  :D
Entry yang lepas aku tulis pasal quotes kan . .
Macam pelik bin ajaib tapi takde laa pelik mane . .
Because that is the quote about life which I use to practic myself . . ececeh   :D
Okay , lupekan laa pasal quotes tuu . .
Ape aku nak tulis tadi , tuu laa . . . melalut tak habis . . .

Hummm , ahaaaa . .
Pernah tak korang dengan selamba membodoh atau membangangkan sesiapa ??

Yang dihighlight merah bukan ape yang aku nak tulis sebenarnya . . hehehe
Korang ni , sanggup tak berkorban untuk kawan  ??
Berkorban tuu bukan bermakna lepaskan nyawa kea , kahwin dengan orang yang ditetapkan oleh keluarga dia kea , lepaskan suami korang untuk dia kea ,
bukan semua tuu . .
Maksud aku bersengkang mata dengar masalah dia , atau dengar cerita karut dia atau ape ape jelaa , walaupun benda benda small the pieces . .
Hehehehe , tuu pon da kire berkorban tau . .
Back to the topic , SANGGUP TAK ?????
Walaupun korang rase kadang kadang benda tuu tak penting . .

SEJUJURNYA , aku sanggup yea . .
Bukan nak tunjuk bagus , tapi kalau bab kawan ni aku memang kalah . .
Aku tak boleh kalau kawan aku tuu tengah nak cerita satu benda , tapi aku cuma cakap kat dia " kita cerita besok eh , aku ngantok laa "   aku memang tak boleh nak cakap macam tuu . .
Aku tetap bersengkang mate dengar ape yang dia nak cakap walaupun tidur aku tuu terjejas kemudiannya . . Aku rase benda tuu semua small matter  laa , yang penting aku rase puas hati lepas dengar ape yang kawan aku tuu nak cakap . . .
TAPI , dengan sekeras kerasnya aku bagi tau bukan kawan yang korang tak tahu satu benda pon pasal dia . . Kalau aku , yang aku sanggup lakukan pengorbanan  adelah family , bestfriends dan orang orang yang rapat dengan aku . .
Be alert okay . .
Bukan bermakna kawan , aku maen rembat semua kawan . .
Kalau kawan biase tuu be nice to me and i'll be nice to you back . .     :)
Okay uollss , nanti nanti kita sembang lagi yea . .

Salam sayang ,

Nur Azizah . .    :)


































Tuesday, 19 February 2013

Quotes :)

“I speak to everyone in the same way, whether he is the garbage man or the president of the university.”
Albert Einstein

 “But better to be hurt by the truth than comforted with a lie.”
Khaled Hosseini

 “We have to dare to be ourselves, however frightening or strange that self may prove to be.”
May Sarton

 “Tell the truth, or someone will tell it for you.”
Stephanie Klein, Straight Up and Dirty: A Memoir

  “People come, people go – they’ll drift in and out of your life, almost like characters in a favorite book. When you finally close the cover, the characters have told their story and you start up again with another book, complete with new characters and adventures. Then you find yourself focusing on the new ones, not the ones from the past.”
Nicholas Sparks, The Rescue



Much love . .

Nur Azizah . . . :) 













 



















Monday, 18 February 2013

Peluang :)

Assalamualaikum  and hello peeps :)

Nampaknya dah tiba mase untuk aku tak berlenggang kangkung lagi dekat rumah..
Sebabnya , salah satu dari wishlist aku bakal terhajat  . .
Ape lagi kalau bukan nak ambik lesen kereta . .
Aku yang berjiwa muda ni dah tentu laa ade keinginan nak bawak kereta sendiri . .
Hiihii , alang alang ade peluang lepas SPM ni kita grab jelaa . .
Buat ape nak lengah lengah kan . .
Wishlist yang lain biar follow the flow . .
Yang boleh diusahakan kita usahakan ,hewhew . .

" Winner means who use the opportunity , so always be a winner " 

Mesti korang faham kan . . Orang yang menggunakan peluang adelah juara . .
Jadi korang biler lagi ?????    :)
Bukan biler nak ambik lesen kereta yea . .
Biler nak gunakan peluang ??
Fikir fikirkan , bubye . .

Salam sayang dari aku ,

Nur Azizah . . :)

Sunday, 17 February 2013

TOLONG !

Kadang kadang orang bila bercakap , tak pernah fikir pasal orang lain . .
Main sembur jea . .
Masalahnya sekarang bukan nak cari siapa salah . .
Tapi TOLONG laa , fikir sejenak sebelum cakap . .
Tak payah fikir seribu dua ribu kali , sekejap pon jadi lah . .
Sekurang kurangnya dapat elak dari buat orang sakit hati . .  :)
Aku pon tak faham , kadang kadang orang tuu tak sedar dia buat orang sakit hati .
Tapi dah sedar pon bukan nak minta maaf . .

Haisshhhhh    -_____-

Kecewa kecewa . .
Macm mana nak buat orang tuu sedar ?
Tak kan nak buat macam dia buat kan . .
Nanti kita dengan dia sama jea , tak ade beza . .
Jadi uollss  yang pernah terbuat macam ni tuu , TOLONG laa yea . .
Ubah sikit sikap yang buat orang lain  "sentap "  . .
Tak terkecuali aku laa . .

" Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu umat melainkan mereka
  mengubahnya sendiri "

Assalamualaikum dan salam sayang dari aku ,

Nur Azizah . . :)

Saturday, 16 February 2013

Mengharap yang lebih baik :')


Hai kawan kawan , pejam celik sekarang dah lepas pertengahan Februari . .
Kita pon dah masuk bulan ke-4 mengikut kalendar Islam . .
Sekarang dah 5 Rabiulakhir :) 
Tak lama lagi kita akan sampai bulan Ramadhan , tak sabar kan . .
Macam biasa , semua orang mengharapkan yang terbaik dari sebelumnya . .
Tak terkecuali aku . . .

Kenangan kenangan lepas banyak mengajar aku erti kehidupan . .
Aku jadi yang lebih matang dari yang sebelumya . .
Aku belajar banyak benda . .
Alhamdulillah , aku lebih positif berbanding dulu . .
Tapi aku tak pernah lupa benda yang lepas . .
Sebab yang lepas mengajar aku untuk jadi lebih baik . .
Bila aku ingat yang lepas , memang aku rase menyesal . .
Tapi betul lah kata orang , " sesal dahulu pendapatan , sesal kemudian tiada guna "
Memang aku setuju sangat . .
Apa yang aku boleh buat berdoa , mohon ampun , perbaiki semua benda yang aku dah salah , tawakkal , dan jadi yang lebih baik . .
Walaupun kita tak sempurna , sekurang kurangnya kita dah usaha . .
Perjalanan hidup ni masih jauh . .
Suka duka , jatuh bangun , banyak lagi yang nak kena tempuh . .
Yang penting kena kuat hadapi cabaran . .

Hadis Rasullullah S.A.W yang bermaksud :

Sesungguhnya besar ganjaran seseorang berdasar besar ujianNya .
Sesungguhnya Allah apabila mengasihi sesuatu kaum ,
Mereka akan diuji dengan ujian .
Barangsiapa yang redha , maka baginya keredhaan Allah . .
Dan barangsiapa yang tidak bersabar , Allah tidak akan bersabar terhadap mereka
Wallahhualam . .

Salam sayang ,

Nur Azizah :)

 

Thursday, 14 February 2013

Raa Amirah :)

Dalam dunia ade benua ,
Assalamualaikum semua .

Hihihi , amacam pantun ??
Aku ni memang suka berpantun . .
Lagi lagi kalau berdebat dengan kawan kawan , mueheheh . .

Alkisahnya sekarang ni bukan nak cerita pasal pantun okayy . .
Pantun tolak ketepi . .
Kalau korang nak tau , aku ade buat post pasal kawan kawan yang buat hari hari aku makin ceria dan huru hara dalam entry sebelumnya . .
Itu kawan sekolah aku ya . .
Memang aku sayang kaw kaw laa kan . .
Tapi sekarang aku nak cerita pasal sumone . .
Dia pon dalam kategori " greatest friend ever " aku laa . .
Sebabnye , aku dengan die dah banyak berkongsi cerita n berkongsi pape jelaa . .
Kadang kadang kiteorang ni tak contact 2-3 bulan tau . . *lebih kurang atau lebih
Tapi aku tak pernah rase kekok sikit pon biler kiteorang contact balik . .
Sebab aku rase sangat selesa dengan die , sangat sangat . .

Die laa yang bernama Nor Amirah ..
Aku panggil die Raa jea , family aku kenal die dengan panggilan Raa Amirah . .
Kiteorang tak pernah berjumpa tapi masing masing pernah tengok gambar
masing masing . .
Ade kesempatan aku memang nak jumpa dengan die . .
Biar persahabatan kiteorang ni bertambah kukuh kan . . hihi
Hummm ,walaupun aku tak tahu kesemuanya tentang die ,tapi aku boleh tahu perasaan die biler die bercakap dengan aku . . sedih , gembira , kecewa ,
sakit hati ,cemburu n macam macam laa . .
Macam mane kiteorang berkenalan tuu biar lah rahsia , sebab ade memori disebalik tabir . . agagaga
Mule mule aku dengan die kawan macam biase . . sedar tak sedar kiteorang jadi bestfriend . .
Aku tak ade gambar die nak selitkan . .
Tapi tak ape sebab aku dah selit die dalam hati aku ni . . *biar aku jea nampak
Masuk tahun ni aku rase dah kenal die lebih kurang 3-4 tahun . .
Cepat jer mase berlalu kan . .

Aku berterima kasih sangat pade Allah S.W.T sebab kurniakan aku sahabat sahabat yang awesome ,
Aku berterima kasih pade sahabat sahabat aku sebab jatuh bangun kita tetap same same . .
Aku harap sahabat sahabat yang awesome ni akan kekal bersama dengan aku dan tak hilang dek putaran masa . .

Sedikit coretan untuk Raa . .

Raa , dalam hidup ni ade jatuh bangunnya ..
Zie harap raa tak akan putus asa setiap kali Raa jatuh . .
Tak ade siape boleh bantu kita melainkan kita sendiri . .
Kita jea yang ade hak nak tentukan hidup kita . .
Jangan sampai orang lain pijak kepala kita . .
Jangan biarkan orang lain bertakhta sebagai raja dalam dunia kita . .
Dalam dunia kita biar kita yang jadi raja . .
Ingat pesanan Zie . .
Jangan ingat masalah sebab masalah tak pernah lepas . .
Macam mane pon hidup mesti diteruskan . .





Salam sayang ,

Nur Azizah

Tuesday, 12 February 2013

Kemah Keming aku :)

Assalamualaikum kawan kawan . . . hehehehe
 tak jawab dosa   :)

Sebenarnya aku memang dah lame dok pikir ape nak post untuk entry baru . .
Tapi nak buat macam mane , asal nak tulis entry jer mesti kotak fikiran aku ni dilanda kemarau . .
Kering kontang jadinya . . so biler nak post entry baru tuu memang mengambil mase yang lame . .
Cari ilham lah katakan . . mueheheheh

Aku sebagai calon SPM 2012 semestinya lah menghitung hari nak ambik result kan .
Kira debaran memang kaw kaw antara tak kaw jugak lah . .
Sebab kalau pasal result SPM ni aku berserah jea pada Allah . .
Yang aku tahu aku dah buat terbaik masa exam . .
Cemerlang atau tak belakang cerita . .
 Pengharapan tuu adelah sikit . . cenonet jea   :)
Tapi yang mendebar debar debar tuu adelah sebab aku terpilih masuk PLKN . .
Ape jadah laa orang tuu pilih aku . . tak der function langsung . . .
Mungkin die nak meloloskan berat badan aku yang membuatkan aku semakin comel dari hari kea hari agaknye . . agagagaga . .  :D
Mane taknye , duduk tanam anggur kat rumah tapi tak tumbuh tumbuh . .
Maklumlah . . aku tak cukup umur , asal mintak kerja kene REJECT . . .
But I don't care  . . . kuikuikui , speaking uollls . .  ;)
Duduk rumah spend time dengan family , cukup membuatkan aku bahagia semalam , hari ni dan hari hari seterusnya . .
Pendapatan lumayan yang aku dapat dengan duduk kat rumah ni tak same dengan orang yang bekerja yea , sebab aku dapat everyday , everymoment . . sape tak nak woiiii !!

Nak tau ape ????? jeng jeng jeng












KASIH SAYANG . . .    muahahahahha . . okay , bubye uollls . . .   :)




Salam sayang ,

Nur Azizah  :*




Friday, 8 February 2013

HATI . . . (:

Assalamualaikum . . .

Hummm , ini soal hati . . . tak boleh buat main  kan . .
Bila hati mula mengomel , pantas tangan membuka blog buat diconteng dengan kata hati . .
Biasalah , hati ni lah yang selalu berkata . .
Semuanya hati yang berkata . .
Bila ade teman bicara , perkataan yang keluar mesti " hati aku kata "
Pasti hati ni yang mulakan perbicaraan . .
Kenapa hati ? ?
Kerana hati selalu berkata benar . .
Daripada pusing kepala dengar omelan dan kata orang , lebih baik dengar kata hati sendiri . .
Tapi harus juga gunakan buah fikiran . .
Kerana hati ini kadang kadang mengikut jiwa . .
Takut hati memberontak atas keinginan  sesuatu perkara . .

Sekarang hati ni sakit dengan perbuatan orang . .
Pantas saje lupakan hubungan keluarga gara gara perkara yang dirancang tidak berlaku . .
Perancangan Allah kan lebih baik , pasti ade hikmah atas ape yang berlaku . .
Ini tidak . . gara gara mengikut perasaan lantas hiraukan perasaan orang lain . .
Tak ape kalau malu , sekurang kurangnya biarkan hubungan tuu begitu saja . .
Tak ade masalah jika tiada kata bicara . . let it go on . . nothing to worry . .
Tapi manusia , bila ade hubungan dengan keluarga seseorang pasti mulut ringan saja berbicara . .
Tidak kira susah mahu senang , hanya fikir dia keluarga kita . .
Tapi kenapa tak boleh diteruskan dengan sikap itu jika tidak berlaku perkara yang dirancang . . ?
Ego , sombong , bongkak , pentingkan diri , dengar kata orang tanpa hirakan perasaan orang lain . .
Itu yang selalu diikutkan . .


Jangan . .
Kerana sikap ini juga hati kita yang bakal sakit suatu hari . .
Tinggalkan saja sikap ini dalam suatu hubungan keluarga . . .
Kerana hati yang perlu dijaga banyak , bukan sendiri yang punya . .
Sendiri sendiri harus fikir , soal hati tak boleh diingatkan oleh orang lain kan . .
Jadi itu saja kata  hati yang mampu dibicara . .

Salam sayang ,

Nur Azizah   (:



Tuesday, 5 February 2013

My lovely hero . . (:

Assalamualaikum ,jumpa lagi kita disegmen " azizah mengarut "  hehehehe
Alang alang internet laju , aku pon lajulah nak update blog . .
Daripada duduk terbongkang tak tahu nak buat ape , lagi bagus aku baik pulihkan
Bahasa Melayu aku dengan mengupdate blog . . .   *walaupun dicampur bahasa rojak . . .
Sekurang kurangnya okay lah penulisan aku kan . .
Mana tahu boleh jadi penulis novel  , hehehehe . . . *adelah niat . . .

Aku nak cerita pasal hero aku . . .
Hero yang buat hari hari aku lebih ceria , kadang kadang aku menangis dekat dia . .
Sebab aku rasa dia faham aku , walaupun kadang kadang dia menyakitkan hati . . .

Heheheh , ini lah dia buah hati aku . . jantung hati aku . .

Muhammad Ariz . .  (:

Ariz 4 bulan . .


Ariz 5 bulan
Ariz 6 bulan
The latest of him , 1 tahun 1 bulan

Siapa dia untuk aku ???

Seorang adik lelaki yang sangat aku sayang . . .
Sedangkan pada asalnya aku tak suka budak budak . . .
Hadirnya dia ubah segalanya dalam hidup aku . .

Mak aku jaga dia . .
Asalnya dari dia 2 bulan . .
Tapi sejak dia lahir memang dia selalu dekat rumah aku . .
Walaupun dia tak ade 3 hari , aku akan rasa lama sangat . .
Sedalam tulah kesan yang dia tingaalkan dalam hati aku . .
Cuma itu saja tentang si jantung hati yang aku nak kongsikan . . .

Salam sayang ,

Nur Azizah . . .  (:


Corat Coret . .

Assalamualaikum semua . .
Hummmmm , nampak  tak kemalasan aku , baru buat blog tapi dah diam seribu bahasa . .
Sebenarnya bukan ape , internet lembab . . jadi malas nak tunggu untuk  update blog . .
Bila kemalasan melanda , tadaaaaaaaaaaaaaaaaa . . .
Inilah hasilnya , habuk pon tak ade . . . hehehehe

Sebenarnya aku tak ade ape nak cerita . .
tapi aku terpikir pasal satu benda . . .

KAHWIN AWAL !!!

 Jangan fikir yang bukan bukan okay . . .

Berbalik pada topik , siape yang tak nak kahwin awal kan ???
Semua orang nak   . . . .
Lebih pahala , bebas dari maksiat , dan macam macam lagi nikmat kahwin awal  . .
Even orang yang tak berkemampuan pon boleh kahwin awal . . .
Tapi bergantung pada pasangan lah boleh hidup bersama atau tidak . .
Allah Maha Pemurah . .  lagi lagi untuk orang yang mendirikan masjid . . .
Melimpah rezeki Allah bagi . .

Jadi jangan lah bila bab kahwin jea orang cakap
"   aku nak  kumpul semua dulu , baru kahwin . . "
Esok dah kumpul , tak de orang nak kahwin dengan die dah . . .
Lagi pun bila kita berseorangan , rasa sunyi . . lepas tuu couple . . .
Couple pulak bertahun tahun . . . dalam tempoh tuu makin banyak kita bergelumang dengan dosa . .
Manusia selalu kalah dengan nafsu , jadi same same lah kita beramal ye . . .
Hanya sekadar ingatan . . .

Salam sayang ,

Nur Azizah . . . .













Sunday, 20 January 2013

Merekalah Sahabat :')

Assalamualaikum . .
Blog masih baru . . Belum ade pembace , belum ade follower . . Tapi tak ape . .
Ini kan blog kita , cukup jika kita sendiri rase puas hati . .
Blog sedang dibaikpulih dengan menggunakan tutorial #lyssa faizureen yang sangat berguna . .
Tapi aku slow slow jer , buat ape nak rushing . . buat sekadar yang termampu . .   :)


Hummmmmmmm . . .

Sambil sambil jari aku menekan papan kekunci ni , aku terase rindu sangat sangat dengan kawan kawan sekolah aku . . pejam celik dah hampir dua bulan aku tinggalkan zaman sekolah . .
Dengan semua kenangan pahit manis , naik turun , urggghhhh . . rase give up biler fikir balik . . .
Serius tanpe kawan kawan siapa lah kite ni , jangan cakap kite boleh hidup tanpe kawan . .

Ade sesetengah yang cakap "aku tak ade kawan , aku cume kongsi dengan family jea"
Kenape dengan family ? Sebab family tuu laa kawan kitea , cume kitea yang tak sedar . .
Kite rase gelaran KAWAN tuu cume untuk orang luar . .tapi silap , kawan tuu adelah orang yang rapat dengan kite susah dan senang . . .


Ini laa sahabat sahabat aku . . .



Ini kakak aku . . tempat aku bergaduh , bertepuk tampar , bercerita , luahkan perasaan aku semualah . .  :)



Tudung Hitam : Afitha (kak yong) , Tudung Hijau : Diana
pikiey
                           
Diana and Faizah

Yang tinggi : Muzaimie , Yang rendah : Maulood

nampak tak budak yang ni  ?  SOFIA . .

HARI TERAKHIR SPM , budak cine tuu name die Toh She Teng . .  :)

InsyaAllah , aku akan jage hubungan persahabatan kiteorang hingga ke Jannah :')


Salam Sayang ,

Nur Azizah

Saturday, 19 January 2013

Bermula . . .

Assalamualaikum , selamat berjumpa kembali pada diri aku sendiri dan juga untuk sesiapa yang sudi menyinggah ke sini . . .   :)


Dah lame aku tak berblogging , kali terakhir mungkin 2011 . .

Maklumlah , makin meningkat usia makin sibuklah kita dengan urusan dunia dan akhirat . .

Sedia maklumlah yang kita tak pernah lepas dari buat dosa . . *muhasabah diri

Jadi blog aku yang antara okay dengan tak okay ni akan jadi tempat aku untuk suarakan setiap ape yang aku rase aku nak suarakan . .

Blog ni masih tak lengkap , sebab aku belum ade mase nak buat . .

Kalau tunggu lengkap memang tak akan ade satu post pon kat blog ni . .

Ape yang aku boleh buat ialah layan jea ape yang ade . .


Hummmm , cukup lah pengenalan ni ye . .



Salam Sayang

Nur Azizah :)
 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen