Nur Azizah Nur Azizah . . .

Wednesday 4 December 2013

dulu dulu dulu

Assalamualaikum . .
Selamat hari rabu semua :)

Alkisahnya sekarang aku nak cerita tentang aku msa waktu sekolah . .
Aku ni tak ade laa pandai mane , setakat duduk kelas aliran seni jea . .
Nama kelas aku 5A3 . .
Kira untuk budak budak sains tulen ,  kelas aku ni memang kelas bawah . .
Macam kelas kemahiran . .
Tapi sebenarnya aku rasa nak berjaya tak kesah kat mana . .
Even kau cuma anak orang miskin yang tak mampu nak pegi sekolah . .
Aku rasa boleh jea kau duduk tepi tingkap nak belajar . .
Tapi sekarang ni aku bukan nak cakap pasal miskin kaya . .
Aku cuma nak tekankan sekeras kerasnya

KAT MANA MANA PON BOLEH BERJAYA !!

Tak kesah laa kau duk kelas atas atau bawah . .
Yang penting kehendak kau nak belajar . .
Jangan laa bila orang cakap kau duk kelas bodoh , kau pon turut serta jadi bodoh . . Memang ramai laa yang tak akan ubah pendapat dorang budak yang duk kelas bawah ni tak boleh berjaya . . Sampai bila nak macam tuu ??? Kita yang bertanggungjawab untuk ubah persepsi orang . . Sebab manusia ni memang suka buat assumptions sesuka hati . .
So jadi tanggungjawab kita untuk ubah . .
Jangan laa sebab satu budak tak pandai dalam kelas bawah , semua budak pon dikatakan bodoh . . Aku memang bangkang habis habis . .
Mak ayah pon sumtimes macam tuu . .
Bila anak turun kelas terus dipersalah . .
Tak belajar betul betul laa , banyak main laa . .
Bukan nak nafikan dorang tak  buat salah . .
Tapi as a parents kena bagi support untuk anak . .
Lagi lagi dalam hal belajar . .
Alhamdulillah mak ayah aku bukan macam tuu . .
And aku masuk kelas seni pon bukan sebab pelajaran aku merosot . .
Tapi atas kehendak aku sendiri . .
Aku minat . . .

So untuk sesiapa jelaa . .
Nak berjaya tak kesah kat mane . .
Yang penting usaha . .
1% orang memang dah sedia kepandaiannya . .
99% lagi kena kerja keras . .
Kita kena usaha okay . .
Jangan sedih sedih . .
Jangan putus asa . .

Salam sayang ,

Nur Azizah . .

Wednesday 27 March 2013

Entahlah , fikir dulu baru cakap kot

Assalamualaikum kawan kawan yang cool dan awesome . .
Tak ketinggalan yang kacak , cantik dan comelll tahap maksima . .
Dan juga budak hot serta budak baru nak up , hehehhe
Macam cari nahas jer kan . . Tak de laa , saje gurau gurau . . :)
Maaf sebab dah lame tak post entry baru . .
Bukan sengaja nak cipta alasan . .
Tapi keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan . .
Alhamdulillah , dengan izin Allah aku kembali sihat . .
Cuma masih penat penat lagi tapi itu benda biasa . .
Lepas beberapa hari dating dengan bestfriend aku Hayati yang datang bercuti kat PD , aku rasa macam lega laa . . Dah menangis ketawa dengan dia macam dulu dulu . . Maklumlah kami ade sedikit salah faham yang membuatkan kami tidak bertegur sapa . .
Hari ni pulak spend time dengan cousin cousin semua . .
Siap mandi pantai lagi , tapi tak ade gamba nak share . .
Sebab bateri pon masa tuu dah nyawa nyawa ikan , lupa nak charge . .
Aku pon masih berlagak biasa , tak buat satu habuk pon persiapan nak kea PLKN . .
Borang borang yang dorang bagi pon tak isi lagi , saje jea . .
Entahlah , minda aku ni tak buat keputusan yang reasonable lagi . .
Kadang kadang aku rase nak delete jer perkataan entah ni . .
Sebab someone pernah cakap dengan aku
" asyik asyik entah , macam orang tak ade pendirian "
Aku bukan sengaja nak cakap entah . .
Tapi sumtime aku cakap entah untuk elakkan perbalahan , tak pon sebab aku belum fikir keputusan yang betul untuk benda yang aku nak cakap . .
Ini bukan alasan untuk tegakkan ape yang aku cakap , tapi kenyataan . .

Korang pon same kan . .??

Haaa , jadi . . .  Sebelum kita cakap sesuatu pastikan ape yang kita cakap ade sebab and make sure kita tau kenapa kita cakap macam tuu . . Tak ade laa orang main sembur jea nak cakap kita tak ade pendirian kan . . Beware okay . .  :)

# Actually aku terasa , entahlah . . aku tak pasti . . aku terasa mungkin sebab kau tak ambik kira pandangan aku . . ataupun mungkin kau rase aku tak penting untuk kau . .  Tapi tak pe , aku sayang kau --------------------------- > KAWAN    :')

Salam sayang ,

Nur Azizah . .


Thursday 21 March 2013

selangkah ke masa hadapan

Assalamualaikum , selamat bercuti sekolah pada budak budak sekolah rendah and sekolah menengah . . Yang nak balik kampung tuu hati hati di jalan raya okay :)
Sedia maklum keputusan SPM dah diumumkan . .
Keputusan aku tak memberangsangkan tapi alhamdulillah aku masih layak menempatkan diri di UiTM dan UPSI , jadi aku kena mula memohon . .
Course ape yang layak tuu aku akan cerita bila aku dah berjaya tempatkan diri kat sana nanti okay , sebab aku tak nak dok pung pang pung pang sekarang . .

Aku tak kecewa dengan keputusan yang aku dapat , sebab aku capai target yang aku nak . . Family aku pon okay . . very understanding . . .  :)
Aku redha malah aku lebih gembira , tak ade satu sebab pon yang akan buat aku duduk frust menonggeng . .
So cukup cerita pasal result SPM ni , sebab aku rasa cerita ni dah basi . . ececeh
Minggu depan aku akan ke PLKN . .
Tak ade satu benda pun yang aku siapkan . .
Masih berlagak sempoi . . mueheheh
Aku tak suka rushing , sebab rushing pon tak ade gunanya . .
Humm , setakat ni jelaa aku boleh cerita . .
Niat pon cuma nak buat entry baru . .



Motif gambar : Tak semestinya kalau tak jadi cemerlang tak boleh berjaya

Salam sayang ,

Nur Azizah :)

Sunday 17 March 2013

Muggies

Oitt oiitt . . yang disana , disini dan disinun . .
Sihat ke tidok yea ?? Harapnye sihat sihat belaka . .
Demo disini nak menanye , ade tidok yang addicted mengumpul sesuatu ??
Contohnye kemaruk sangat nak kumpul hnandbag , tudung , kasut , wallet  , jam , topi , baju , seluar and bagai bagai lagi . . Kalau seperti yang disenarai tuu memang benda biase laa kan . . Lelaki perempuan sama jea . . *jangan salahkan perempuan jea okay !

Tapi yang berbeza ade dok ??
Kumpul sudu garpu kea , kumpul pinggan mangkuk kea , kumpul  tong gas kea , kumpul cawan kea ??? yang memang jarang laa orang lain nak kumpul . .

Aku rase ade , sebab aku pon same . . Yeay , kitea geng !
Aku ni minat mengumpul MUG . .
Jangan kata tak tau , hehehe
Mug ialah sejenis cawan yang mempunyai telinga  , itu description aku secara ringkas . . Tapi aku confirm semua orang tau mug . .

Ini antara gambar gambar mug sumber uncle google :)




Macam pelik kan kenapa aku pilih mug ??
Aku pon pelik , tapi yang pelik itulah minat . .
Aku rasa puas kalau minum guna mug . .
Feel dia lain yang amat , ade aura yang tersendiri . . :D
Dari yang sekecik kecik sampai laa yang besar . .
Free atau beli , murah atau mahal semua aku rembat . .
Sebab aku suka , dan kalau boleh aku nak kumpul banyak banyak . .
Korang pon mesti ade minat mengumpul sesuatu kan ???
Nanti share share laa yea . .

Assalamualaikum dan salam sayang ,

Nur Azizah :)

Saturday 16 March 2013

Syoknye berangan !

Siapa suka berangan ???  *angkat kening sikit
Eh eh , sama laa kita . .
Mueheheh , aku rasa ini antara tabiat yang ada pada semua orang kot . .
Kenapa orang suka berangan ek ??
Jangan tanya aku sebab aku tak tau . .
Tapi untuk aku kan , aku suka berangan sebab aku rasa dalam  pada masa aku berangan tuu aku laa penerbit , pengarah , pelakon utama dan aku boleh letak karekter karekter yang aku nak sepanjang waktu aku berangan tuu . . Siap boleh delete scene , and reverse pada scene yang aku nak atau tak nak . . Macam astro beyond pulak kan . . Hahahah , extreme tak ??
Setahu aku orang suka berangan untuk benda yang dorang nak atau inginkan . .

Example : Aini teringin nak beli Iphone4 tapi dia tak mampu . .
Example : Syafiqah nak jadi budak hot kat facebook dan digila oleh ramai lelaki

Jangan ade yang terasa ek , aku cuma bagi contoh . . Contoh ini tidak ade kena mengena dengan yang hidup ataupun yang mati . . Kalau ade mohon maaf , agagaga . .

Berangan ni ade yang elok dan tak elok . . Yang eloknya bila kita berangan tentang masa depan kita . . Contohnya nak jadi orang yang berjaya , buat mak ayah bangga semua . . Bila berangan macam ni semangat kita makin berkobar kobar tau nak capai ape yang kita nak tuu ,ini untuk aku laa . . Untuk korang aku tak pasti , lain orang lain citarasa . . Tapi korang jangan berangan nak kahwin kea ape pulak , tak elok . . Bak kata UAI kalau kita berangan bersama dengan yang bukan muhrim itu dosa . . Macam berangan nak kahwin dengan boyfriend korang tapi tak kahwin lagi kan , tuu dah kira dosa . . Sia sia jea kan. . . Dah syok syok berangan tapi free free dapat dosa . . Jadi korang jangan amalkan macam tuu . . Kalau nak berangan , berangan yang baik baik jea . . Sama sama kita muhasabah diri okay . .

p/s : Jom tengok fear factor nanti , jam 9 malam :)

Assalamualaikum dan salam sayang ,

Nur Azizah . .

Friday 15 March 2013

Insan yang aku sayang :')

Cepat jea mase berlalu kan . .
Tanpa kita sedar perkara yang jadi sekeliling kita . .

Kadang kadang kita lupa tentang pengorban insan insan tersayang dalam hidup kita
Kita merasakan ape yang kita lakukan betul . .
Kita tak hiraukan pengorbanan dua insan yang membanting tulang manjaga kita , mendidik kita , mengendahkan keinginan mereka hanya demi kita , demi kita anak mereka . .

Ya Allah , sayunya hati apabila membayangkan kita ditempat mereka . .
Betapa kuatnya dua insan ini mengharungi dugaan dan cabaran kerana kita . .
Sedarkah kita ????
Tanpa mereka siapalah kita di bumi yang fana ini . .
Mampukah kita menjalani kehidupan tanpa mereka disisi ??
Sedangkan mereka tempat kita mengadu dan bermanja . .

Merekalah mak dan ayah yang disayangi . .
Hargailah mereka . .

Ya Allah , terima kasih kerana menganugerahkan aku mak dan ayah yang tidak ternilai harganya . .Tempatkanlah mereka dikalangan orang orang yang beriman seandainya Engkau mengambil mereka apabila tiba masanya . .Hanya doa dan amal yang mampu aku iringkan buat mereka kelak . .

Assalamualaikum dan salam sayang ,

Nur Azizah . .

Wednesday 13 March 2013

Nak settle masalah tak jadi masalah :)

Assalamualaikum , hai and hello kawan kawan yang awesome . .
Blog bukan perlu ditulis hanya bila ade topik kan ??
Jadi , kita tulis ape yang mampu kita kongsi . .

Humm , satu perkara yang selalu jadi dalam life setiap orang . .
Kita mampu nasihat , tapi belum tentu kita mampu buat sendiri . .
But atleast kita dah boleh tolong turunkan beban orang . .
Walaupun beban kita belum tentu ade orang boleh tolong selesaikan . .

Tak terkecuali aku laa . .
Kadang kadang aku sendiri rasa payah nak settlekan masalah aku . .
Nak berkongsi , aku tak pandai . .
Tapi satu yang aku boleh buat " MIND SET "
Serius , semua orang boleh . .
Jangan kata handle masalah sendiri , jadi pakar kaunseling pon boleh . .
Aku rasa mind set is the best way nak settle kan problem . .
Sebab bila kita mind set tentang sesuatu perkara , kita tak akan gelabah . .
Kita tak akan putus asa , kita tak meroyan macam orang tak tentu hala . .
Sebab kita dah set pada minda , bukan hati . .
Bila kita set pada minda , kita tetap . .
Tapi bila set pada hati kita tak akan rasa puas . .
Rasa nak , nak , nak , dan nak lagi . .
Keinginan tuu tak pernah kurang . .

Jadi , mulai sekarang andai kata ada masalah cubalah cara ni . .
Dengan izin Allah akan berkesan . .
Yang penting nawaitu kita  . .
Okay , tuu jea . .

Salam sayang ,

Nur Azizah . .

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen